BANGKOK: Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Impact Arena di sini hari ini.
Pemain nombor enam dunia itu terpaksa mengharungi set penentuan untuk menundukkan Liew yang merupakan rakannya dalam latihan, 21-16, 13-21, 21-14 dalam masa 51 minit untuk ke final.
Zii Jia akan bertemu pemain China Li Shi Feng pada perlawanan akhir Ahad ini. Shi Feng mengambil masa 93 minit untuk menundukkan Naraoka Kodai dari Jepun untuk menempah tiket ke final.
Pemain negara berusia 24 tahun itu yang masih belum tewas sejak separuh akhir Kejohanan All-England Mac lepas berharap dapat berehat secukupnya dan bersedia untuk memberikan segala-galanya untuk muncul juara.
"Ia adalah perlawanan sukar... harap saya dapat berehat secukupnya hari ini dan bersedia untuk final esok. Saya akan mencuba segalanya (untuk menang)," katanya kepada Bernama.
SUKAN-TERBUKA THAILAND BANGKOK
Sementara itu, Liew yang berusia 34 tahun mengakui kepantasannya menurun terutama dalam set penentuan ketika berhadapan Zii Jia.
"Saya cuba bermain dengan baik tetapi Zii Jia lebih baik," katanya.
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula gagal menyinar di separuh akhir dan tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-19, 21-14.
Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo dan pilihan keenam kejohanan itu mengakui mereka melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya semasa perlawanan.
"Gaya permainan kami agak sama dengan pasangan Indonesia itu tetapi mereka lebih konsisten," kata Aaron.
SUKAN-TERBUKA THAILAND 3 (AKHIR) BANGKOK
Wooi Yik mengakui mereka berdua tidak bermain sebaiknya pada set pertama dan pasangan Indonesia itu mengambil peluang berkenaan dan meneruskan rentak kemenangan mereka.
"Apabila mereka memenangi set pertama, mereka melangkah ke set kedua dengan yakin. Kami cuba sedaya upaya pada set kedua," katanya.
Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah tersingkir di separuh akhir selepas kalah kepada gandingan Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shinda 21-17, 21-17 dalam masa 42 minit.
Thinaah berkata kepantasan beregu Jepun itu memberi tekanan kepada mereka semasa perlawanan.
"Kami cuba mengatasinya tetapi tidak berjaya. Kami perlu tingkatkan prestasi kami dalam kejohanan seterusnya," katanya.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita Taiwan Tai Tzu Ying layak ke final Terbuka Thailand selepas menewaskan pemain tuan rumah Ratchanok Intanon 10-21, 21-13, 21-19. Pilihan kedua kejohanan itu akan bertemu wakil China Chen Yu Fei.
Dalam beregu campuran, pasangan Thailand Sapsiree Taerattanachai-Dechapol Puavaranukroh mara ke final selepas menundukkan Juara Olimpik Tokyo Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 16-21, 21-12, 21-16. Pasangan Thailand itu akan bertemu Zhen Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Zii Jia terpaksa mengharungi set penentuan untuk menundukkan Liew yang merupakan rakannya dalam latihan, 21-16, 13-21, 21-14 dalam masa 51 minit untuk ke final. - Foto BERNAMA
Niaga AWANI: Apakah prestasi ekonomi suku pertama?
Ekonomi suku pertama akan diumum minggu ini. Apakah jangkaan semasa berdasarkan perkembangan antarabangsa dan tempatan? Bagaimana pengeluaran akaun tiga kwsp memainkan peranan dan adakah rasionalisasi subsidi akan beri impak besar?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
AWANI Ringkas: PM sertai forum ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham;
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat MADANI KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
Madinah jadi saksi pertemuan bermakna ibu bapa dan anak
Ibu bapa mana tidak bahagia anak kesayangan sambut kehadiran, bimbing ziarah luar di bumi barakah, Madinah.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
THSS: Semua peserta terselamat, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kreativiti dan kesungguhan peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat untuk minggu pertama membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai juara mingguan untuk program tersebut.
THSS: Semua L.U.S.M, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kemenangan itu membolehkan Ayda membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.